Seorang blogger tersohor diberi peranan untuk 'menembak' dan blogger-blogger copy-paste bawahannya turut menabur peluru sesat.
Blogger tersebut mungkin tidak faham motif sebenar, mata dikaburkan dengan habuan pendahuluan $$ seperti peran tipikalnya sebelum ini..... atau habuan jangka panjang untuk mendapat Ijazah Kehormat secara mudah, atau janji dilantik menjadi Pensyarah Jemputan di UiTM satu hari nanti. Mungkin?
Siapa sebenarnya yang mendorong blogger tersebut bertindak tanpa akal?
1. Pensyarah berhaluan kiri (penyokong pembangkang) yang mahukan UiTM bebas dari label ultra-Melayu/Bumiputra dengan niat menyuntik doktrin anti-kerajaan dalam universiti tersebut.
2. Proffesor gila bekas pengarah sebuah fakulti yang mengharapkan dilantik semula ke jawatannya selepas Naib Canselor baru dilantik menggantikan Dato Sahol.
Jika blogger tersebut cuba menutup kesilapan yang nyata oleh DS Shahrizat dalam kes NFCnya, kenapa cuba menjatuhkan seorang VC yang ikhlas berjuang untuk kemajuan akademik anak bangsanya... tidak serikkah dengan kesilapan sendiri di dalam kapal selam sehingga menyebabkan seorang Panglima TLDM terpaksa melepaskan jawatan?
Tidakkah blogger tersebut sedar modus operandi misi ini adalah untuk meruntuhkan benteng kebal ultra-Melayu, pro-Kerajaan di dalam UiTM dan memberi peluang kepada pembangkang menjadikan universiti itu sebagai lubuk mahasiswa & penyarah-pensyarah anti-kerajaan?
PAPAGOMO - jangan jadikan kreadibiliti anda yang semakin menjunam teruk, terus terbenam tanpa nafas dalam najis lembu NFC. Jangan bicara tentang ALIF-BA-TA, sedangkan habuan $RINGGIT$ yang sebenarnya yang menjadi kiblat perjuangan!
Itu saja interpretasi Maya untuk kali ini, selebihnya tunggu jawapan dari Dato' Sahol sendiri...
Ikuti pendapat-pendapat dari blogger lain yg Maya percaya bertindak tanpa berdasarkan sebarang janji manis atau imbuhan dari Dato Sahol... (apa yang hebatnya, mereka semua boleh menulis dengan baik dan melontar pendapat secara rasional... bukan blogger COPY&PASTE! PapaGomo ada???) ;-)
Ironinya, isu ini mula-mula dibangkitkan oleh portal pro-pembangkang Malaysiakini dan dipercayai bahawa sumber maklumat yang sama juga diperolehi oleh PapaGomo. Ini bermakna wujud PENGKHIANATAN dari kalangan warga UiTM mendedahkan maklumat kepada Malaysiakini DAHULU sebelum disampaikan kepada blogger. baca penuh di blogMINDA HIJRAH
Atau mungkin juga ada individu yang menyimpan dendam peribadi dengan individu ini lantas mungkin kerana mempunyai hubungan dengan ketua 'clan' dan mungkin juga sudah dijanjikan dengan habuan maka blogger pro BN sendiri yang menyerang ketua tertinggi institusi pendidikan milik kerajaan. baca penuh di blog KULAAN NIRING
Apa istimewanya Naib Canselor UiTM sehingga blogger hebat seperti PapaGomo membuat satu entri khas - edisi pagi (headline) menyambung propaganda lidah rasmi pembangkang, MALAYSIAKINI - dan disambut serentak oleh beberapa orang blogger pro-BN lain? Benarkah apa yang cuba didedahkan oleh PapaGomo untuk menyucikan palit2 noda pada satu badan yang berkaitan dengan kerajaan? baca penuh di blog 1PELURU
Can you imagine? First this Bloggers gets the Admiral of the whole FLEET sacked just because he thought he was a hero in the Hindustan movie, filming the insides of this super secret Submarine that we have, and telling the world, "Hey ! This is our Submarine, come sabotage our country ", now this same person is trying to get a Vice Chancellor of a University sacked just so that his political master can be made happy. Is this justice ? Is this the justice the people are looking for ? Or is this cruel justice is to satisfy the lust of this certain Political leader to take out everyone who is against him? Wow! Where is our country going to. baca penuh di KRITIS ONLINE
Tiada bukti mengaitkan mereka dengan pendedahan di Malaysiakini,namun cara gerakan saraf dan strategi mereka dengan memberi dokumen paling rahsia untuk siaran artikel di Malaysiakini telah merumuskan bahawa dipercayai dokumen yang melibatkan surat dalaman yang dikeluarkan oleh pihak UiTM kepada Sahol sebagai TNC ketika itu telah didedahkan membabitkan penglibatan orang dalam di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sendiri.baca penuh di blog PENA KSJ
Selain itu PapaGomo tidak 'highlight' bahawa Dato Sahol tidak isytihar bahawa dua nama yang tersenarai merupakan anak beliau. Ini bermakna anak-anak Dato Sahol memohon biasiswa ini mengikut prosedur biasa yang dilalui oleh anak-anak orang lain. Jadi di sini pegawai temuduga langsung tidak mengetahui tentang anak Dato Sahol, malah Dato Sahol sendiri pun tidak terlibat sama sekali dalam pemilihan calon untuk biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu sebagaimana dinyatakan dalam surat yang dipaparkan. baca penuh di blog DOUBLE-Y
0 comments:
Post a Comment
SENDIRI KOMEN SENDIRI TANGGUNG.GUA TAK CAMPUR.KENA SAMAN GUA JADI SAKSI DI MAKAMAH