Friday, February 24, 2012

Serangan Kepada VC #UiTM @datosahol - INI JAWAPAN SAYA... Haha!



Dua hari lepas saya dikatakan 'gila' kerana bertindak menghentam 'Tuhan' kepada semua bloggers iaitu PapaGomo. Ramai pihak telah beri respon ada yang kata saya 'gila' melawan blogger pujaan hati 27 juta rakyat Malaysia.
Hahaha...
Dalam saya mendiamkan diri, ada pula blogger yang terkenal dengan 'Copy & Paste' artikel dari Utusan Malaysia serta blog-blog lain, malah artikel-artikel saya juga diciplak tanpa sebarang kredit menghentam saya kerana beliau gagal memahami isu pokok yang saya ajukan.

Tidak perlu saya sebutkan nama beliau walaupun beliau melabelkan saya 'pencacai'. Walhal sekali imbas dirinya adalah 'pencacai' yang sebenar.
Nak tahu nama? Ok saya bagi sedikit 'hint' setiap artikelnya mesti mempunyai tajuk - INI JAWAPAN TUN MAHATHIR BLA BLA BLA...! - INI JAWAPAN ANWAR IBRAHIM BLA BLA BLA!

Hahaha...

Saya ingin tegaskan jangan cuba 'main gila' dengan menyerang UiTM yang merupakan institusi untuk anak-anak Melayu belajar demi kepentingan seorang professor yang disahkan gila oleh pakar perubatan, jangan fikir kamu sorang saja yang hatinya kering dan banyak menyimpan rahsia.

Cukuplah sifu kamu dan kroni dilatih oleh orang gila selama ini (orang gila yang mengaku dirinya pakar propaganda hahaha), jangan mengajak kami ikut jadi gila macam sifu kamu.

Kenapa saya kata mereka dilatih oleh orang gila? - Sedikit 'klu' jika serangan terhadap UiTM diteruskan oleh kuncu-kuncu kamu!


Di atas adalah laporan sulit mengenai 'dalang' disebalik serangan kepada VC UiTM, jangan paksa saya dedahkan semua. Apa yang berlaku pada malam sebelum serangan dibuat juga akan saya dedahkan jika serangan terus dilakukan, saya tidak peduli walaupun ianya melibatkan nama-nama besar!

Sebagaimana saya tegaskan kedudukan saya sekarang adalah 'NOTHING TO LOOSE' - Jika saya diperhatikan oleh kamu, ingin saya sampaikan di sini gelagat kamu serta kuncu-kuncu kamu telah lama saya perhatikan serta saya rakamkan.
Jangan cakap pasal hormat-menghormati jika kamu sendiri gagal menunjukkan sikap hormat kamu kepada blogger-blogger lain terutama blogger dari Unit Media Baru -yang merupakan unit di mana saya bernaung sekarang ini!
Saya berhenti di sini atas nasihat seorang blogger otai kepada saya, jadi ada baiknya pihak kamu juga berhenti atau banyak pihak yang akan ditarik ke dalam kancah 'peperangan' di antara pihak yang menyerang UiTM dan kami yang membela UiTM!

Akhir sekali ada baiknya kita ikut nasihat berguna dari Cats Thinker (ntah siapa ntah aku terjumpa) dalam entrinya sebagaimana di bawah : 

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera.
CT tertarik dengan gossip panas perang sesama sendiri bloggers atau cybertroppers pro BN, antara PapaGomo and The Gang dan Yuseri Yusoff and The Gang. Dipanaskan lagi oleh Badut Rakyat dalam entri beliau yang terbaru. 

Isu asas yang diperjuangkan adalah isu TNC UiTM Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengenai banyak perkara yang berbangkit (CT tidak akan mengulas). Cuma CT kecewa akibat peperangan tersebut yang kalah adalah UMNO/BN. 

Biasanya di dalam peperangan, masing-masing akan mencari kelemahan dan membongkarkan rahsia. Maka satu persatu rahsia akan terbongkar sehinggakan siapa yang menaja bloggers ini akan diketahui umum dan akhirnya bloggers pro UMNO/BN tidak akan dipercayai lagi. 

Daripada kajian pendapat, umum memang mengetahui ada dikalangan bloggers pro UMNO/BN mendapat pendapatan lumayan daripada menjadi bloggers sepenuh masa.

Cuma belum bertaraf jutawan sahaja lagi. Umum tidak dapat memberi bukti yang sahih, cuma andaian terhadap kehidupan sebelum dan selepas menjadi bloggers pro UMNO/BN ini yang dianggap mewah. Malah ada khabar-khabar angin mengatakan ada bloggers pro UMNO/BN cuba melobi projek-projek kerajaan bernilai jutaan ringgit. 

Wow! Kesahihan sumber ini CT tidak pasti.
Apabila berlaku peperangan dikalangan bloggers ini, bukan menjadi rahsia lagi tentang punca pendapatan bloggers ini sekiranya masing-masing membongkar satu persatu rahsia peribadi yang tidak wajar diketahui umum. Ini bukan bermakna kesemua bloggers sebegitu. 

CT yakin masih ada bloggers pro UMNO/BN yang bergerak sendirian "Stand Alone" seperti CT tanpa mendapat habuan sesen pun atas semangat perjuangan jati dan keikhlasan untuk membantu parti dan kerajaan. 

Apa yang menghairankan CT, bagaimana bloggers-bloggers ini direkrut dan ditaja. Untuk menjadi bloggers politik dan pro UMNO/BN yang sejati dan semangat juang yang tinggi bukan hanya berbekalkan kebolehan dan bakat di dalam IT ataupun dunia siber. Calon-calon hendaklah seorang yang telah berkecimpung dan bergiat lama di dalam politik. 

Bukannya sehari dua dalam politik atau setahun jagung sudah boleh menjadi bloggers politik. Ilmu politik seharusnya tinggi dan memahami tendang terajang di dalam dunia politik. Jika di dalam dunia politik mereka ini dipanggil "anak ikan" dan beberapa nama lain lagi. SEDAP DIMAKAN RANGUP DITELAN.(faham-faham sendiri lah!!!) 

Jangan salah anggap apa yang CT tuliskan disini. CT tidak berniat untuk memihak atau bermusuh dengan sesiapa pun. Cubalah cari jalan penyelesaian dan jadikan agenda perjuangan sebagai keutamaan. Jauhkan hasad mendengki antara sesama kita. 

Ranking itu hanyalah mainan angka. Kerana angka, Allah murka kepada kita. Cuma CT teringat satu pesanan orang-orang tua, jangan kita jadi orang pertama masuk NERAKA JAHANAM.
Wallahuaqlam...

YY : Nak stop ke tak nak...? :)

0 comments:

Post a Comment

SENDIRI KOMEN SENDIRI TANGGUNG.GUA TAK CAMPUR.KENA SAMAN GUA JADI SAKSI DI MAKAMAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Templates | Affiliate Network Reviews