Tuesday, February 28, 2012

KITA MAHU KATA PUTUS! DAKWA PENGERUSI NFC ATAU UMNO HILANG MORAL


By HEADMASTER


Memang sedikit sebanyak isu NFC membuat rakyat meluat dengan sikap acuh tak acuh kepimpinan UMNO dan kerajaan terhadap National Feedlot Corperation (NFC) dalam skandal penyelewengan serta pecah amanah sehingga disahkan oleh audit negara. Status gagal tidak timbul tetapi siasatan sehingga pihak bertanggungjawab mesti diadili seperti kesalahan jenayah yang juga dilakukan oleh individu lain wajar diteruskan.

Kerana NFC ada hubungkait dengan Ketua Wanita UMNO,Ds Sharizat Jalil maka kesalahan itu disembunyikan atau terus dilenyapkan. Tetapi harus di ingat rakyat melihat isunya aksi tindakan kerajaan dan UMNO yang nampak bermuka-muka dalam bertindak dalam kes ini.

Jika isu ini dilenggahkan maka rakyat akan menilai bahawa UMNO buat boleh dilepaskan jika pakatan haprak buat tindakan sama terus dibuat siasatan segera hingga suruhanjaya diraja diwujudkan.

Kepimpinan UMNO dan kerajaan perlu menelan jika kesalahan itu berlaku dan tindakan menyelasaikan perlu diambil. Jangan biar rakyat buat tindakan menghakimi dalam kes NFC kerana akhirnya kerajaan juga dilihat mempunyai masalah serius.

Walaupun pahit dan beracun sekalipun harus ditelan juga kerana isu NFC akan memperlihatkan sejauh mana kerajaan dan UMNO bertindak terhadap institusi mereka sendiri.

Sekali lagi diingatkan badan penyiasat seperti polis ,SPRM dan Jabatan Audit Negara jangan di pertikaikan kecekapan mereka dalam menjalankan tugas.

Amaran juga penulis tujukan kepada Pengerusi NFC jangan cepat melatah dan cuba mempertikaikan agensi kerajaan dalam menjalankan siasatan. Kerana isu NFC , UMNO dan Kerajaan dilihat sangat tidak bermoral ketika ini.

Ikuti laporan blogger lain juga.

Double Y Minda Hijrah APA 1Peluru

K-MPM said: NFC selalu di pertahankan oleh blogger SUPERSTAR..jadi tolong nasihat Pengerusi NFC jangan cepat melatah….

0 comments:

Post a Comment

SENDIRI KOMEN SENDIRI TANGGUNG.GUA TAK CAMPUR.KENA SAMAN GUA JADI SAKSI DI MAKAMAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Templates | Affiliate Network Reviews