Friday, February 24, 2012

PANAS!!! BLOGGERS PRO BN MASUK NERAKA!!!



Assalamualaikum,
Salam Sejahtera.
CT tertarik dengan gossip panas perang sesama sendiri bloggers atau cybertroppers pro BN, antara papagomo and The Gang dan Yuseri Yussof and The Gang. Dipanaskan lagi oleh Badut Rakyat dalam entri beliau yang terbaru.

Isu asas yang diperjuangkan adalah isu TNC UiTM Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengenai banyak perkara yang berbangkit (CT tidak akan mengulas). Cuma CT kecewa akibat peperangan tersebut yang kalah adalah UMNO/BN. Biasanya di dalam peperangan, masing-masing akan mencari kelemahan dan membongkarkan rahsia. Maka satu persatu rahsia akan terbongkar sehinggakan siapa yang menaja bloggers ini akan diketahui umum dan akhirnya bloggers pro UMNO/BN tidak akan dipercayai lagi.

Daripada kajian pendapat, umum memang mengetahui ada dikalangan bloggers pro UMNO/BN mendapat pendapatan lumayan daripada menjadi bloggers sepenuh masa. Cuma belum bertaraf jutawan sahaja lagi. Umum tidak dapat memberi bukti yang sahih, cuma andaian terhadap kehidupan sebelum dan selepas menjadi bloggers pro UMNO/BN ini yang dianggap mewah. Malah ada khabar-khabar angin mengatakan ada bloggers pro UMNO/BN cuba melobi projek-projek kerajaan bernilai jutaan ringgit. Wow! Kesahihan sumber ini CT tidak pasti.

Apabila berlaku peperangan dikalangan bloggers ini, bukan menjadi rahsia lagi tentang punca pendapatan bloggers ini sekiranya masing-masing membongkar satu persatu rahsia peribadi yang tidak wajar diketahui umum. Ini bukan bermakna kesemua bloggers sebegitu. CT yakin masih ada bloggers pro UMNO/BN yang bergerak sendirian "Stand Alone" seperti CT tanpa mendapat habuan sesen pun atas semangat perjuangan jati dan keikhlasan untuk membantu parti dan kerajaan.

Apa yang menghairankan CT, bagaimana bloggers-bloggers ini direkrut dan ditaja. Untuk menjadi bloggers politik dan pro UMNO/BN yang sejati dan semangat juang yang tinggi bukan hanya berbekalkan kebolehan dan bakat di dalam IT ataupun dunia siber. Calon-calon hendaklah seorang yang telah berkecimpung dan bergiat lama di dalam politik. Bukannya sehari dua dalam politik atau setahun jagung sudah boleh menjadi bloggers politik. Ilmu politik seharusnya tinggi dan memahami tendang terajang di dalam dunia politik. Jika di dalam dunia politik mereka ini dipanggil "anak ikan" dan beberapa nama lain lagi. SEDAP DIMAKAN RANGUP DITELAN.(faham-faham sendiri lah!!!)

Jangan salah anggap apa yang CT tuliskan disini. CT tidak berniat untuk memihak atau bermusuh dengan sesiapa pun. Cubalah cari jalan penyelesaian dan jadikan agenda perjuangan sebagai keutamaan. Jauhkan hasad mendengki antara sesama kita. Ranking itu hanyalah mainan angka. Kerana angka, Allah murka kepada kita. Cuma CT teringat satu pesanan orang-orang tua, jangan kita jadi orang pertama masuk NERAKA JAHANAM. Wallahuaqlam.

catsthinker@gmail.com
CATS THINKER

0 comments:

Post a Comment

SENDIRI KOMEN SENDIRI TANGGUNG.GUA TAK CAMPUR.KENA SAMAN GUA JADI SAKSI DI MAKAMAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Templates | Affiliate Network Reviews