Friday, February 24, 2012

Tahap Pendidikan Antara VC IPT Dengan Blogger Yang Cuma Ada SPM... @NajibRazak @khalednordin @saifuddinabd @datosahol





Semalam Kulaan ada bincangkan skit pasal isu suam-suam kuku cerita blogger "so called" blogger pro BN yang cuba menghentam peribadi seorang VC IPT dengan kes BPR. Cerita yang dah sejuk 5 tahun, dah BASI tu tiba-tiba meletup kembali siap dengan dokumen sulit siasatan.

Banyak persoalan yang timbul dalam benak fikiran Kulaan pasal isu ni.

1. Kenapa selepas 5 tahun baru isu ini timbul dan ditimbulkan oleh blogger tersohor dengan tujuan apakah isu ini ditimbulkan...

2. Siapa DALANG atau tangan-tangan kotor bersembunyi disebalik agenda tersembunyi untuk menjatuhkan individu yang tiada kaitan dengan politik langsung...

3. Apa kaitan blogger "so called" pro BN yang sepatutnya menyerang pemimpin pembangkang "or enemies on the other side" tapi beralih arah menyerang seorang yang tidak terlibat dengan politik. "Something fishy is going on"...

4. Siapa "petualang" dan "pengkhianat" yang boleh keluarkan dokumen SULIT daripada fail siasatan BPR. Kakitangan BPR ka yang terlibat sama atau pegawai atasan BPR yang turut menyumbang kepada konspirasi terancang ini.

5. Sepatutnya siasatan dilakukan terhadap persoalan bagaimana dokumen SULIT boleh di bawa keluar dari pejabat BPR...

6. Persoalan Kulaan paling penting, apa tahap pendidikan blogger tersohor ni kalo nak dibandingkan dengan VC. Phd ka, Masters ka, Degree ka, Diploma ka, sijil ka or setakat SPM jer...

Apa tujuan sebenar serangan ini dilakukan terhadap VC. Bagaimana "MO" serangan yang hampir sama digunakan dalam isu lembu.

Jika VC tersebut menjemput si penyerang untuk bertemu maka Kulaan berpendapat VC tersebut telah masuk ke jerat yang dibuat oleh penyerang sama seperti isu lembu yang akhirnya memakan diri.

Nasihat Kulaan, janganlah VC yang punya pendidikan tinggi terperangkap dengan tipu helah mereka yang sekadar mengaji setakat SPM sahaja jauh sekali menjejakkan kaki ke menara gading sampai tak boleh bezakan antara BAHAGIAN SATU sebagai PANGKAT SATU dengan gagal S.A.P

p/s : "Mari kita lihat siapa yang kena..." (Dialog Ibrahim Pendek dalam filem P. Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok)

3 comments:

Anonymous said...

Dlm sejarah Msia, xde VC IPTA yg ada hubungan begitu rapat dgn pelajar n staff. Sampaikn hampir semua keputusan penting diajak berunding bersama demi kebaikan majoriti. majoriti UiTM tentulah melayu bumiputra. UiTM sentiasa dihati Kawe.

Anonymous said...

setuju dengan Anonymous di atas! DatoSahol adalah VC yg paling best! Mengamalkan demokrasi dalam kepimpinan, dan beliau layan kita tak kira siapa, samada staff ataupun student! mana ada vc yang sanggup turun padang, jelajah ke kampung-kampung cari budak-budak miskin dan beri biasiswa penuh untuk belajar? ni satu-satunya vc kita yang unik! ramai yang dah berjaya masuk uitm fully sponsored dengan prog 'mengubah destini anak bangsa'. siapa punya ilham? dato vc uitm! buat apa dia nak buat semua ni? hanya kerana beliau tak nak tengok bangsa dia terpinggir dari mendapat ilmu dan seterusnya mahukan anak-anak miskin juga diberi peluang untuk graduate dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Anonymous said...

orang yg serang dato vc pasal kes yang tak munasabah tu ada kepentingan peribadi! malangnya kecanggihan border-less information gateway dalam dunia cyber warfare ini telah menjadi border-less fitnah galore! apakah agenda sebenar atau propaganda yang ingin dilakukan oleh pihak yang berkepentingan?

Post a Comment

SENDIRI KOMEN SENDIRI TANGGUNG.GUA TAK CAMPUR.KENA SAMAN GUA JADI SAKSI DI MAKAMAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Templates | Affiliate Network Reviews