KLIK IMEJ
Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan dakwaan bahawa naib canselornya Datuk Sahol Hamid Abu Bakar telah menyalahgunakan kuasa dalam pemilihan calon biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu dengan memberikan biasiswa berkenaan kepada dua orang anaknya.
Malah, kata penasihat undang-undang universiti itu Prof Datuk Emeritus Shad Saleem Faruqi, bukan sahaja siasatan dalaman UiTM telah membersihkan Sahol Hamid tetapi Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu juga mendapati tiada bukti untuk mensabitkannya.
KLIK IMEJ
Gomo amat musykil dengan apa yang dijawap oleh Pakar Perlembagaan Shad Saleem berhubung isu yang dibangkitkan dalam Malaysiakini berkenaan menyalahgunakuasa kuasa dalam pemilihan calon biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu dengan memberikan biasiswa berkenaan kepada dua orang anaknya.
Dokumen yang ada diatas menunjukkan bahawa SPRM ataupun dulu dikenali dengan nama BPR telah mengesahkan bahawa terdapat salahgunakuasa berlaku dalam pemilihan anak Datuk Sahol Hamid Abu Bakar mendapatkan Biasiswa.
Pihak BPR juga telah meminta pihak Universiti mengambil satu tindakan keatas Datuk Sahol Hamid Abu Bakar pada waktu itu yang difikirkan perlu demi menjaga kepentingan awam terutama imej UITM sendiri.
KLIK IMEJ
KLIK IMEJ
Bertindak dari keputusan siasatan BPR maka Dato Seri Prof Ibrahim Shah yang waktu itu Naib Cancelor UITM menghantar hasil keputusan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Surat bertarikh 14 Oktober 2008 sepertimana yang didalam Gambar diatas ini.
Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar
Jabatan Komunikasi Korporat UiTM dalam satu kenyataan media semalam, berkata surat pelantikan Dr Sahol Hamid diserahkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 30 Disember lalu dengan tempoh lantikan selama dua tahun.
- 3 Januari 2010
Dato Seri Najib Razak membawa banyak perubahan dalam Tranformasi Nasional. Banyak keperihatinan yang dibawa buat rakyat Malaysia memuaskan hati banyak pihak kecuali pihak pembangkang. Namun Tranformasi yang dibawa Najib Razak tidak akan berjaya jika masaalah sebegini tidak dapat diatasi.
Gomo yakin Najib Razak tidak mengetahui mengenai pekara ini memandangkan ianya merupakan satu kes yang telahpun usang. Namun demikian keperihatinan Kerajaan perlu diambil bagi memastikan UITM satu satunya Universiti Orang Melayu tidak dilabelkan sebagai Universiti Untuk Keroni sahaja.
Gomo pohon pihak Bertanggungjawap Menjelaskan mengenai pekara ini. Dokumen yang dilampirkan sepertimana diatas juga perlu diberikan penjelasan yang selanjutnya oleh pihak SPRM, Kementerian Pengajian Tinggi.
Jangan kerana beberapa individu yang berkepentingan maka mengakibatkan imej UITM musnah dan mencemar para pelajar Bumiputera UITM Keseluruhannya. Tindakan lanjut mesti diambil.
Psssttt.. Biar kita Pro kerajaan bawa isu ini dari pihak Pembangkang yang akan spin secara membuta tuli.
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
0 comments:
Post a Comment
SENDIRI KOMEN SENDIRI TANGGUNG.GUA TAK CAMPUR.KENA SAMAN GUA JADI SAKSI DI MAKAMAH