Tuesday, February 28, 2012

Kenapa Panglima TLDM Jadi Scapegoat... Bukan SetPol Yang Seludup Seorang Blogger Bodoh Memasuki Scorpene??


Jendela Maya



Al-Kisah Scorpene, Blogger dan Panglima Armada TLDM....



Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman Panglima Armada Tentera Laut akan meninggalkan kariernya bulan depan dan tidak lagi mahu menyambung kariernya kerana 'fe-dup' terpaksa menjadi 'fall guy' dalam kes kapal selam Scorpene iaitu KD Tun Razak.

Mungkin ramai rakyat Malaysia tahu mengenai kes seorang blogger yang menaiki kapal selam Scorpene tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis dari Kementerian Pertahanan Malaysia yang mana selepas itu ianya telah dijadikan kontroversi oleh pembangkang.

Dek kerana kebodohan blogger 'ikon' yang menyiarkan segala rakaman dan wajah-wajah kru KD Tun Razak di dalam laman blognya kerana terlalu ghairah ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dialah blogger pertama yang diberi 'pengiktirafan' untuk menaiki KD Tun Razak.

Natijahnya siapa menanggung?


Paparan di atas adalah barisan ayat yang ditulis oleh blogger 'ikon' pro-kerajaan yang mana telah menyebabkan Kementerian Pertahanan Malaysia 'terduduk' seketika dari Menterinya hinggalah ke pegawai-pegawai TLDM.

Belum sempat para pegawai di Kementerian Pertahanan menarik nafas lega, mereka dikejutkan pula dengan rakaman video yang memaparkan temubual bersama kru-kru KD Tun Razak yang mana wajah-wajah mereka tidak 'dihitamkan'.

Mungkin beliau terlalu naif sehingga tidak tahu bahawa kerajaan melaburkan sehingga RM1.3 juta untuk melatih seorang kru KD Tun Razak, malah mungkin beliau juga terlalu naif sehingga gagal memikirkan kesan serta nasib yang mungkin menimpa kru-kru yang wajahnya didedahkan di dalam internet.

Eksklusif 'Ruang Sulit' KD Tun Razak dipaparkan di laman blognya hanya kerana mahu rakyat Malaysia melihat betapa hebatnya beliau. Tetapi tanpa beliau sedari sebenarnya beliau telah mendedahkan satu perkara yang TIDAK PATUT didedahkan kerana ianya melibatkan soal keselamatan negara.






Selepas semua ini terdedah, natijahnya seorang Panglima Armada Tentera Laut Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman terpaksa meninggalkan karier yang dicintainya kerana terpaksa menanggung segala kebodohan individu lain yang bernama blogger.

Jika kesilapan bodoh begini tidak dilakukan oleh seorang blogger yang menganggap dirinya sebagai 'KING' -Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman akan dinaikkan pangkat sebagai Panglima Tentera Laut iaitu jawatan tertinggi dalam TLDM.

Tapi apa boleh buat, kita bakal kehilangan seorang anggota TLDM yang komited, rajin, dedikasi dalam tugasnya. Beliau terpaksa melepaskan kerjayanya hanya kerana INDIVIDU sebenar yang membenarkan blogger no.1 pro-kerajaan menaiki KD Tun Razak tidak mahu bertanggungjawab dan melepaskan segala kesilapannya kepada pegawai-pegawai TLDM.

Persoalannya siapa sebenarnya yang membenarkan seorang blogger menaiki KD Tun Razak tanpa kebenaran bertulis dari Kementerian Pertahanan, malah Menteri DS Zahid Hamidi pun tidak mengetahuinya kehadirannya sebagaimana ditulisnya di laman blognya?

 baca selanjutnya di blog DOUBLE Y

0 comments:

Post a Comment

SENDIRI KOMEN SENDIRI TANGGUNG.GUA TAK CAMPUR.KENA SAMAN GUA JADI SAKSI DI MAKAMAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Templates | Affiliate Network Reviews