Tuesday, February 28, 2012


APA


Satu lagi " PENDEDAHAN " Rafizi Ramli yang aku rembat kat blog sebelah sana.Betul tak betul apa nak kira sangat.Kalau betul akui,kalau tak betul nafi...bukan ada berpuluh pilihan.He he he....mmmoooooohhh!

NFC Terburai Lagi, Kini Didakwa Terlibat Perniagaan Pasar Raya Mewah di Singapura


PETALING JAYA 28 Feb: KEADILAN hari ini mendedahkan National Feedlot Corporation(NFCorp) turut terlibat dalam perniagaan pasaraya mewah di Singapura, selain tiga buah restoran dan pelaburan RM44 juta kondominium di republik itu.


Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, perniagaan itu dikendalikan syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang dimilikisuami Datuk Seri Shahrizat Jalil – Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izram Salleh dan Wan Izrarana Fatimah Zabedah.

Siasatannya mendapati Farmhouse Supermarkets Pte Ltd menjadi penyewa utama kepada kompleks pasaraya mewah Star Vista, di kawasan elit berdekatan Nanyang Technology University.


“Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap,” jelas beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Syarikat itu juga, katanya, telah menandatangani perjanjian sewaan dengan pemaju, CapitalMalls bagi 28 unit ruang kedai di kompleks tersebut.



Sewa ruang kedai yang setiap satu berkeluasan 3,000 meter persegi itu dianggar mencecah S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta, mengikut harga pasaran semasa.

“Sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC, seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini,” tegasnya.

Sehubungan itu, katanya, KEADILAN mendesak NFC menjelaskan komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd, termasuk perjanjian sewaan yang telah dimeterai.

“Tindakan tegas perlu dilakukan segera untuk merampas kembali kesemua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan jenayah perdagangan.

“Jika ini tidak berlaku dalam minggu ini, KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap minggu hinggalah Dewan Rakyat bersidang pertengahan bulan Mac ini,” tegas beliau.

Dakwaan Lain:

NFCorp turut langgar Akta Syarikat 1965- Tony Pua



KUALA LUMPUR 28 Feb: DAP menyifatkan pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, bukan sekadar melakukan kesalahan pecah amanah, malah turut melanggar Akta Syarikat 1965.

“Jutaan ringgit dari pinjaman RM250 juta, yang khusus untuk penubuhan dan operasi NFCorp, jelas digunakan untuk tujuan lain, seperti pembelian kondominium mewah dan juga pelaburan di Singapura.

“Ia dilakukan atas nama pengarah-pengarah syarikat, bukan NFCorp. Ini bermakna NFCorp memberi pinjaman kepada pengarah dan syarikat lain milik mereka, seperti Meatworks Pte Ltd,” kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Menurut Pua, ia bukan sekadar melanggar perjanjian pinjaman mudah itu, malah turut menyalahi Akta Syarikat, menurut Seksyen 133 dan 133A di bawah ‘Pinjaman yang Dilarang’.

“Seksyen 133A melarang pinjaman kepada individu yang mempunyai kaitan dengan pengarah syarikat yang memberi pinjaman.

“Seksyen 133(4) pula menyatakan pengarah yang terlibat bersalah atas tuduhan jenayah, dan mereka bertanggungjawab untuk menebus kembali kerugian yang disebabkan mereka,” kata Pua.

Beliau menambah, walaupun terdapat pinjaman yang dibenarkan, seperti pinjaman perumahan kepada pekerja, ia harus mendapat kelulusan pemegang saham terlebih dahulu.

“Dalam kes ini, NFCorp tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan, selaku pemegang saham utama mereka,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Sebagai respon kepada syor pihak polis untuk mendakwa NFCorp atas tuduhan pecah amanah, NFCorp menyatakan keputusan itu bersifat ‘terlalu awal’ dan gagal mengambil kira ‘tujuan’ pengarah.

Dalam satu kenyataan, NFCorp mendakwa dana hanya diberi kepada syarikat-syarikat subsidiari mereka, dan pengarah-pengarah NFCorp juga bertindak sebagai ahli lembaga pengarah sayarikat-syarikat terbabit.

Pua berkata, kenyataan NFCorp ini sendiri adalah pengakuan jelas bahawa mereka telah melanggar Akta Syarikat 1965.

“Justeru, DAP menyeru Peguam Negara bukan sahaja mendakwa NFCorp atas tuduhan pecah amanah, malah atas tuduhan melanggar secara terangan Akta Syarikat,” ujar Pua lagi.

P/s: Tunggu apa lagi Najib?


Sumber : duniacacamarba

0 comments:

Post a Comment

SENDIRI KOMEN SENDIRI TANGGUNG.GUA TAK CAMPUR.KENA SAMAN GUA JADI SAKSI DI MAKAMAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Templates | Affiliate Network Reviews