Minggu lepas kecoh pasal VC UITM kantoi memberi biasiswa pada anak dia sendiri, ini petikan dari portal pro pembangkang Malaysiakini:
Malah, kata penasihat undang-undang universiti itu Prof Datuk Emeritus Shad Saleem Faruqi, bukan sahaja siasatan dalaman UiTM telah membersihkan Sahol Hamid (kiri) tetapi Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu juga mendapati tiada bukti untuk mensabitkannya.
“Mereka mewawancara beberapa pegawai UiTM dan memeriksa sistem pemilihan biasiswa (universiti). Didapati tiada bukti salah guna kuasa. Tetapi mereka buat beberapa cadangan untuk menambah baik sistem untuk menjadikannya lebih telus,” kata Shad Saleem.
Pakar perlembagaan itu turut memaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga ada menjalankan siasatannya sendiri. Shad Saleem bagaimanapun tidak mendedahkan hasilnya. Artikel penuh baca sini...
Itu penafian yang dikeluarkan oleh Shad Saleem Faruqi, tetapi, kita orang sudah terima satu email yang akan membuatkan anda semua terkejut punya la, sebab email ini bersertakan dokumen seperti dibawah:
Ini adalah satu tuduhan yang MAHA SERIUS! Adalah baik sekiranya pihak berkuasa menjalankan satu siasatan penuh mengenai perkara ini. Dah bermacam kita dengar pasal Sahol "Elvis" Hamid ni! Dokumen ini bukan dokumen sebarangan.
Kami mahukan kebenaran. Adakah benar perkara ini? Sekiranya benar, kenapa Menteri Pengajian Tinggi tidak mengambil apa-apa tindakan? Kita harap perkara ini disiasat dengan kadar segera sebab sebelum ini VC UiTM seperti disiarkan Malaysiakini melalui Shad Saleem kata takde kes.
Abis tu dokumen kat atas ni macamana? Tolong la selamatkan UiTM!
0 comments:
Post a Comment
SENDIRI KOMEN SENDIRI TANGGUNG.GUA TAK CAMPUR.KENA SAMAN GUA JADI SAKSI DI MAKAMAH