Thursday, March 1, 2012

Aku STANDOWN demi kebaikan Umno/BN...tapi...?





Sejak kebelakangan ini semua sedia maklum aku terlibat secara tak langsung dalam PEPERANGAN MAYA PALING SENGIT antara bloggers sejak aku mula mengenal dunia blogging.Bukan dengan bloggers Pakatan Rakyattetapi berlaku sesama bloggers pro BN sendiri.Mula mula sekadar sindir menyindir disatu himpunan bloggers kemudian nya melarat keperingkat dedah mendedah.Setiap hari permainan jadi tambah panas sehingga aku difahamkan ada blogger yang DIANCAM akan diparang supaya menarik balik artikel yang tidak disukai oleh mereka.Aku tidak terkecuali dari menerima berpuluh panggilan dan sms yang sengaja tidak aku jawap dari KETUA kumpulan ini kerana sudah tahu apa mesej yang ingin disampaikan nya kepada aku.

Siapa mereka ini?

Ada yang menggelar mereka ini blogger TERSOHOR...ada yang panggil mereka RAJA BLOGGER...dan tak kurang juga yang menyindir mereka ini sebagai IKON SUPERSTAR...tapi aku lebih suka memanggil mereka ini semua sebagai MERCENARIES ataupun TENTERA UPAHAN ALAM MAYA.Mereka ini amat digeruni oleh hampir semua bloggers apatahlagi blogger blogger yang baru nak naik dan mengukir nama dalam blogspera.Bukan saja digeruni komuniti bloggers bahkan MEREKA ini juga digeruni oleh ramai PEMIMPIN POLITIK UMNO dan BAPAK BAPAK MENTERI sehingga ada dikalangan PEMIMPIN yang 'terpaksa' atau dengan rela membela dan membiayai Tentera Upahan ini dengan meyediakan DANA yang besar untuk mereka beroperasi.

Secara peribadinya MEREKA yang aku kenal semuanya ini ok dan baik baik belaka.Tapi mungkin bila mata dan fikiran sudah dikaburi dengan kemewahan dan wang ringgit maka pertimbangan dan perjuangan asal tersasar kearah lain.Maka hilang semangat setiakawan dan mereka membentuk SAF PERJUANGAN mereka sendiri dengan kumpulan mereka sendiri denganMATLAMAT mereka sendiri .Siapa juga yang dilihat sebagai CABARAN dan RINTANGAN kearah mencapai matlamat hakiki mereka akan dianggap sebagai MUSUH dan akan DI TENTANG habis habisan.Dalam hal ini Unit Media Baru (UMB) yang merupakan salah satu LIDAH RASMI UMNO dilihat sebagai batu penghalang paling besar mesti dialihkan agar kemaraan mereka tidak tersekat dan matlamat akhir mereka menjadi THE ONE AND ONLY tercapai.


Maka kepada UMB segala tumpuan serangan mereka fokuskan terutama terhadap pengerusinya Tun Faisal dan bloggers yang bernaung dibawah nya.Secara senyap imej dan reputasi UMB diburukan hampir setiap masa kepada PEMIMPIN seluruh negara sehinggakan UMB diberikan layanan suam suam kuku oleh banyak pemimpin negeri bila keluar berprogram.Pengalaman aku membuat liputan 5 hari Perhimpunan Agung Umno 2011 yang lalu menampakan bahawa "pengaruh" Tentera Upahan ini telah berjaya meresapi sampai keperingkat Ibu Pejabat Umno bilamana Team UMB dilayan seumpama bloggersPakatan Rakyat walaupun semua kami diberikan Pas Media Khas PAU.

Jadi bila UMB diserang dengan menggunakan isu Anuar Mohd Nor aka Umno Reform yang dituduh sebagai TROJAN HORSE yang bersekutu dengan UMB dan Tun Faisal,maka aku dan bloggers UMB yang lain mengambil keputusan untuk berperang habis habisan dengan Tentera Upahan ini.Tapi sampai kehari ini....

PIHAK YANG MENUDUH TIDAK DAPAT MEMBUKTIKAN VIDEO RAKAMAN YANG DIKATAKAN WUJUD DI MALAM AMN DAN CIKGU BARD DI PERTONTONKAN "VIDEO CHINA DOLL",YANG KONON NYA AKAN MEMBUKTIKAN AMN SEBAGAI TROJAN HORSE.


BILA ANUAR MOHD NOR MENCABAR PAPAGOMO DAN KAWAN KAWAN NYA MELAKUKANMUHABALLAH DAN SUMPAH LAKHNAT TERHADAP TUDUHAN YANG MEREKA LEMPAR SEHINGGA HARI INI MEREKA TIDAK BERANI MENYAMBUT CABARAN AMN ITU WALAUPUN SETIAP WAKTU MEREKA MENCABAR ANWAR IBRAHIM BERSUMPAH LAKHNAT TERHADAP PERLIWATAN NYA TERHADAP SAIFUL BUKHARI.

Ini lah kehebatan Tentera Upahan ini yang hanya pandai melempar tuduhan dan menyerang tapi bila dicabar untuk tampil kehadapan dengan BUKTI dan BERMUHABALLAH mereka menikus dan chicken out.Bila menyedari isu Anuar Mohd Nor aka Umno Reform sudah tidak boleh mereka gunakan lagi atas sebab keCHICKENngan (istilah baru yang belum aku patentkan dgn DBP) mereka sendiri maka ISU baru mesti terus dicari untuk terus menyerang UMB.

Peluang datang bila MEREKA melihat UMB terlibat secara langsung dan aktif dalam Program Aman Kampus Jelajah Negara yang melibatkan siswa siswi IPTA dan IPTS pro kerajaan seluruh negara melakukan kerja kerja amal dan mendekati masyarakat tempatan seluruh negara di negeri yang mereka singgah.Sudahlah Tentera Upahan ini tidak menunjukan sokongan terhadap program murni anak anak siswa ini apatahlagi menghantar wakil mengikuti rombongan,KESILAPAN cuba dicari meraka untuk peluang menghentam UMB.

Cari punya cari yang BARU tak jumpa..yang terjumpa hanya dokumen LAMA berusia 5 tahun yang dah pun diberi clearance/lampu hijau olehBPR/SPRM.Lama pun lama lah janji boleh spin dan kenakan UMB.Maka angin tak ada ribut tak ada tiba tiba MEREKA menuntut penjelasan VC UITM Dato Sahol berhubung kes biasiswa yang konon nya diluluskan terhadap 2 anak beliau pada tahun 2007.Kes yang dah disiasat oleh BPR pada 2007 dan diberi clearance oleh mereka sebagai 'SIHAT'.

Maka disiarkanlah dokumen yang bertaraf "dalaman dan sulit " yang konon nya MEREKA pick up dari Malaysiakini ( sama ada mereka yang pick up atau mereka yang salur kepada Malaysiakini? ) tuntut penjelasan tanpa mahu berhubung terus dengan Dato Sahol atau pihak UITM sendiri untuk penjelasan sebelum bersekongkol dengan Malaysiakini melakukan serangan terhadap VC yang dah banyak berjasa dalam melahirkan bijak pandai anak muda Melayu dan amat disenangi oleh MAJORITI siswa siswi UITM.

Mengapa serangan secara tiba tiba terhadap Dato Sahol?

Semuanya kerana ingin menghalalkan gerak kerja mereka membela Sharizat dan NFC yang terperangkap dalam dilema yang sama dimana pertembungan kepentingan diri yang melibatkan ahli keluarga diperdebatkan oleh rakyat.Maka Dato Sahol dan 2 anak beliau diheret sama kekancah najis lembu mereka walaupun jumlah DANA yang diperdebatkan amat jauh berbeza sekali dan aku difahamkan dari sumber dalaman akhirnya kedua anak Dato Sahol menolak peruntukan biasiswa itu atas alasan yang aku sendiri pun kurang pasti.

Sebagai Tentera Upahan yang "menerima upah"(benar atau tidak itulah yang hebuh diperkatakan) dan assigment untuk membela NFCsepatutnya mereka tahu apa yang mesti dilakukan.Tetapi fokus membela NFC hanya tertumpu kearah menepis tohmahan dan fitnah yang dilempar pembangkang terhadap Sharizat dan akhirnya mereka terperangkap kedalam jerat yang dipasang oleh Rafizi & Gang.Mereka tanpa sedar telah termakan umpan Rafizi dan mengheret Sharizat menjadi "THE MAIN PLAYER" dalam kemelut NFC sedangkan selain menjadi isteri dan ibu kepada tenaga penggerak NFC...Sharizat hampir tiada peranan langsung dalam perjalanan harian NFC sebagai sebuah entiti perniagaan keluarga nya.Tiada pelanggaran undang undang apa sekalipun jika Sharizat ingin dikaitkan dengan NFC dan itu aku PASTI.

Jika benar Sharizat menggunakan khidmat Tentera Upahan ini untuk membela dan memperbaiki imej beliau yang tercalar angkara NFC maka aku anggap ini adalah KESILAPAN yang paling besar dilakukan oleh Sharizat kerana mereka inilah yang sebenarnya "membantu" Rafizi  untuk tambah merosakan lagi imej beliau dengan setiap hari berada dalam DEFENSIVE MODE mempertahankan Sharizat dari serangan demi serangan sedangkan yang patut dipertahankan mereka adalah NFC with ORP or no ORP.

Aku rasa cara blogger JAS SALLEH mempertahankan NFC hari ini lebih baik dan lebih berkesan walaupun dah agak terlewat jika hendak dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan Tentera Upahan selama ini dan sepatutnya Sharizat atau suaminya meminta pertolongan JAS SALLEH dari awal lagi untuk tugasan sepenting ini dari hanya mempercayai kata dan janji manis tentera yang berjuangan berlandaskan wang ringgit.Mungkin cara JAS SALLEH akan mendapat sokongan blogger bebas yang tidak terikat dengan mana mana kumpulan dan tidak mustahil jika aku pun turut serta membantu.

Hari ini dimana tentera tentera elit ini bila isu NFC dan Sharizat seakan tiba dipenghujung nya dan bakal mencetuskan bau najis lembu yang amat busuk?Sekadar menghantar JAS SALLEH kehadapan dan aku tak pasti sama ada sahabat aku yang seorang ini tahu atau tidak yang dia bukan nya dari kumpulan tentera elit ini walaupun mungkin dia merasakan demikian.Jika benar dia didalam kumpulan ini masakan dia masih mengusung laptop usang tanpa battery zaman Tok Adam bila kami berjumpa minggu sudah?Masakan dia mengeluh akan keperitan dan kengkangan yang terpaksa dilaluinya berblog dengan biaya sendiri,bilamana ahli ahli tentera elit ini kehulu hilir dengan berbagai gadget terbaru masakini.

Jadi suka aku mengingatkan kumpulan Tentera Upahan ini agar kembali bermuhasabah diri dan kembali kedalam SAF PERJUANGAN yang asal semasa anda semua mula berblog dahulu.Kenangkan kembali kenapa kita melibatkan diri tanpa disuruh dan dipaksa oleh sesiapa pun untuk memerangi dakyah pembangkang dialam maya ini walaupun tiada siapa yang mengenal kita waktu itu.Kenangkan kembali waktu kita hanya ada 100 pembaca dan bukan berbangga dengan 20 juta,5 juta,3 juta atau sejuta yang kita ada pernah melayari blog kita hari ini.Ingatkan waktu waktu susah kita dahulu dan tidak dihargai dari di lekakan dengan ganjaran wang ringgit yang hanyalah pada aku "pengiktirafan palsu" oleh banyak pihak diatas keberadaan kita hari ini.

Jangan ingat kerana anda semua kini di naungi pemimpin dan pihak tertentu lantas merasakan diri anda semua THE UNTOUCHABLE.Perlu di ingat bagi setiap sokongan yang anda perolehi ada 10 penentangan dari sumber yang sama yang ingin menjatuhkan anda semua atas berbagai alasan dan untuk itu tidak teragak agak menyalurkan maklumat dan dokumen kepada pihak yang anda musuhi bagi maksud itu.Jadi ada lebih baik kita tambahkan ramai KAWAN daripada kita mencipta MUSUH MUSUH baru.

Prinsip aku amat mudah...aku akan tentang siapa juga blogger yang cuba dictate blogspera ini mengikut acuan dan peraturan mereka dan memaksa semua mengikut kehendak dan peraturan ciptaan mereka.Kalau ini mahu dilakukan maka tiada erti lagi erti KEBEBASAN berkarya dan fikiran akan jadi jumud dan tepu.Saperti yang selalu dilaungkan sahabat aku blogger DOUBLE Y..i got nothing to lose...prinsip yang sama aku praktikan bila melangkah masuk ke alam ini.

Aku bukan YANG TERSOHOR...NUMORO UNO...dan mencari makan dengan berblog.Dengan satu ketukan atas papan kekunci ENTER setelah aku set untuk DELETE maka tamatlah riwayat hidup blog AKU PEDULI APA@ APA dan aku sudah tidak lagi menjadi penghuni blogspera ini.Aku akan kembali dengan kehidupan aku sebelum ini dan ketika ini..NO PROBLEM.Tapi bagi yang dah merasa manisnya IMBUHAN berblog dan merasakan ianya boleh dijadikan SUMBER PENDAPATAN eluklah mengamalkan etika sesama sahabat bloggers yang lain.PERMAINAN KOTOR cuba merosakan imej sesama bloggers wajib dihindari dan tidak wujud apa yang dikatakan BROTHERHOOD dalam komuniti bloggers!Brotherhood hanya wujud dalam komuniti KONGSI GELAP atau GANGSTER...soalan nya..adakah ANDA salah satu dari atau kedua nya sekali?

Kepada pemimpin terutamanya Perdana Menteri dan Menteri Menteri nya,janganlah mengamalkan sikap berpilih pilih terhadap pengamal media baru ini terutamanya terhadap bloggers sehingga mengwujudkan perasaan saperti THE UNTOUCHABLE oleh blogger itu dan ini kerana merasa diri mereka hebat DIPAYUNG pemimpin itu dan ini.Kepada Dato Raof yang menghuni Menara Hussien Onn tempat dimana denyut nadi Umno digerakan...I KNOW WHAT YOU DID LAST SUMMER AND I KNOW WHAT YOU GONNA DO NEXT SUMMER.

ADIOS....i stand down!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Templates | Affiliate Network Reviews