Thursday, February 23, 2012

Kenapa VC IPTA Diserang Oleh Blogger Pro BN Bukan Diserang Oleh Blogger Pembangkang???... @KhaledNordin @Saifuddinabd @datosahol @rahiman80





Sehari dua ni agak kecoh sedikit dunia blogosfera bila nama seorang VC sebuah IPTA terkemuka di negara ini diserang oleh beberapa blogger dari'clan' yang sama dengan menggunakan 'modus operandi' yang sama dilakukan ke atas pemimpin politik terutama dari kerajaan.

Artikel permulaan Kulaan ini sekadar ingi mengupas mengenai senario yang hampir serupa 'MO'nya. Cuma bezanya individu yang terlibat bukanlah seorang ahli politik atau menteri kerajaan, cuma seorang tenaga pendidik di dunia pendidikan bertaraf VC sebuah IPTA tempatan.

Kenapa VC pula yang dijadikan mangsa kali ini bukan pemimpin politik atau menteri kerajaan juga menjadi tanda tanya. Apa 'hidden agenda' yang cuba dilakukan oleh "clan" ini.

Kenapa blogger 'so called' blogger pro BN yang beria-ia menghentam, mengorek, mengaibkan, individu ini sebaliknya isu ini bukan datangnya daripada blogger pro pembangkang.
Apa tujuan sebenar yang cuba dilakukan oleh kumpulan ini dengan cuba menjatuhkan kredibiliti kepimpinan beliau.

Adakah ia melibatkan kepentingan seseorang individu dibelakang serangan ini yang mungkin cemburu dengan kejayaan beliau.

Atau mungkin juga ada individu yang menyimpan dendam peribadi dengan individu ini lantas mungkin kerana mempunyai hubungan dengan ketua 'clan'dan mungkin juga sudah dijanjikan dengan habuan maka blogger pro BN sendiri yang menyerang ketua tertinggi institusi pendidikan milik kerajaan.

Buat masa kini Kulaan sekadar memerhatikan dulu rentak tarian puak-puak'clan' ini. Apa jenis tarian yang mereka pertontonkan dengan penari pelawak mereka.

0 comments:

Post a Comment

SENDIRI KOMEN SENDIRI TANGGUNG.GUA TAK CAMPUR.KENA SAMAN GUA JADI SAKSI DI MAKAMAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Templates | Affiliate Network Reviews