Tuesday, February 28, 2012

Kenapa diam bila diserang bertalu talu?





Seminggu dua ini hangat perbalahan antara dua kumpulan bloggers pro kerajaan.Kumpulan pertama yang merupakan kumpulan blogger ' TERSOHOR ' hebuh mendedahkan apa yang dikatakan 'penyalahgunaan kuasa' oleh VC UITM Dato Sahol,manakala kumpulan yang satu lagi mempertahankan Dato Sahol yang sudah dberi clearance oleh BPR/SPRM tahun 2007 lagi.

Kumpulan pertama cuba menggunakan isu Dato Sahol untuk dikaitkan dengan isu NFC dan menteri yang dibela mereka bermati matian sejak awal lagi sehingga hebuh di blogspera konon nya KUMPULAN TERSOHOR ini telah diberikan 'ORP' supaya boleh mengemooooo bagi pihak NFC.Betul atau tidak tiada siapa yang dapat mengesahkan nya kecuali pihak yang memberi dan menerima 'ORP' ini.

Apapun tindakan ingin MENGORBANKAN seorang VC yang telah berjasa menghasilkan ribuan cendekiawan muda Melayu melalui UITM adalah tindakan PALING HINA hanya kerana ingin membela beberapa individu yang DISYAKI pecah amanah dan meyeleweng dana yang diperolehi dengan Pinjaman Mudah Kerajaan (kenyataan pihak PDRM baru baru ini).

Hari ini setelah menerima serangan balas bertalu talu dari pihak yang membela Dato Sahol Jenderal Jenderal kumpulan tersohor ini menyepi diri dan membiarkan hanya seorang SOLDADU TEMPANG mereka untuk mendepani bala tentera pembela yang sedang melaungkan KAMIKAZE dalam membongkar kerja jahat kumpulan tersohor ini.
NO RETREAT NO SURRENDER
Itulah kalimah karamat yang dilaungkan mereka kali ini bagi mendedahkan segala onar yang dilakukan oleh kumpulan ini terhadap mereka selama ini dengan mencemar imej dan nama baik mereka dikalangan pemimpin.Tiada istilah UNDUR!...itulah suara kepala pejuang yang mengetuai serangan balas kali ini bila ditanya.WE FIGHT OR WE DIES FIGHTING!
Jadi bersedialah untuk pembongkaran demi pembongkaran yang akan dilakukan oleh kumpulan pembela ini.Pendedahan dan pembongkaran yang selama ini sengaja disembunyikan demi permuafakatan untuk matlamat menghadapi peperangan PRU13,tapi sayang bila perjanjian GENCATAN SENJATA ini hanya dipatuhi oleh sebelah pihak sahaja dan kedua pihak terpaksa bertempur kembali.Kepada kumpulan yang satu lagi ini, satu perkara yang tidak harus anda semua lupa adalah disebalik KEANGKUHANanda semua dengan SOKONGAN beberapa kerat PEMIMPIN dan PIHAK tertentu anda juga mempunyai ramai MUSUH dari sumber yang sama yang tidak suka melihat GELAGAT dan KEANGKUHANanda.Mereka ini dengan senang hati menyalurkan banyak maklumat dan dokumen kepada kumpulan yang satu lagi untuk didedahkan bila bila perlu untuk membongkar MO anda semua selama ini.

Nasihat aku mudah...

Jangan terlalu ghairah menyerang bila anda tidak bersedia menerima serangan balas.

0 comments:

Post a Comment

SENDIRI KOMEN SENDIRI TANGGUNG.GUA TAK CAMPUR.KENA SAMAN GUA JADI SAKSI DI MAKAMAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Templates | Affiliate Network Reviews