Blogger 'Ikon' bagi sesetengah pemimpin UMNO semalam telah mendedahkan surat dari BPR berkaitan dengan VC UiTM Dato Sahol kononnnya mereka mahu satu siasatan lanjut diadakan. Mungkin mereka tidak yakin dengan siasatan yang dilakukan oleh BPR pada tahun 2007.
Sebelum saya pergi lebih jauh, ingin saya tegaskan di sini hubungan saya dengan blogger 'ikon' bernama PapaGomo OK! Kami tiada masalah!
Semalam beberapa blog telah 'memanaskan' kembali isu Dato Sahol VC UiTM yang dikatakan telah menyalahgunakan kuasa beliau dalam pemilihan calon biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu.
Bahasa mudahnya, mereka ini menjadi penyambung lidah pembangkang, mereka cuba 'Menakuk di Kepala Takuk' dalam kes ini.
Modus operandi yang digunakan oleh blogger ini tetap sama, lebih kurang jam 10.00 pagi arahan kepada blogger pencacainya akan diberikan dan mereka akan memainkan isu ini serentak.
Matlamat mereka hanya satu 'panggilan emas' dari Dato Sahol atau pun Dato Sahol disingkirkan dan digantikan dengan seorang Professor gila yang kononnya dirinya adalah pakar propaganda. Siapa professor gila yang saya maksudkan?
Nanti saya dedahkan nama professor gila ini...
Sebelum kita pergi jauh, kita perlu meneliti terlebih dahulu surat yang dikeluarkan oleh blogger 'POLONG TIDAK BERTUAN' ini dalam usahanya memastikan seorang Professor gila menggantikan tempat Dato Sahol.
Sisatan BPR pada tahun 2007 mendapati tiada kesalahan yang dilakukan oleh Dato Sahol, malah setiap pegawai-pegawai yang ditemuduga telah mengesahkan bahawa tiada salahguna kuasa dilakukan oleh Dato Sahol.
Selain itu PapaGomo tidak 'highlight' bahawa Dato Sahol tidak isytihar bahawa dua nama yang tersenarai merupakan anak beliau. Ini bermakna anak-anak Dato Sahol memohon biasiswa ini mengikut prosedur biasa yang dilalui oleh anak-anak orang lain.
Jadi di sini pegawai temuduga langsung tidak mengetahui tentang anak Dato Sahol, malah Dato Sahol sendiri pun tidak terlibat sama sekali dalam pemilihan calon untuk biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu sebagaimana dinyatakan dalam surat yang dipaparkan.
Tiada unsur salahguna kuasa membabitkan Dato Sahol oleh BPR tetapi kenapa PapaGomo berserta 'anjing' belaannya begitu beria-ia sekali mendedahkan surat ini?
Adakah menjadi satu kesalahan jika anak-anak Dato Sahol yang cemerlang dalam akademiknya memperolehi biasiswa ini?
Besarkah dosa anak-anak Dato Sahol yang mana bapanya bertungkus-lumus menjaga nasib beratus-ribu anak-anak Melayu UiTM dibandingkan dengan dosa seorang menteri yang dikaitkan dengan skandal lembu yang cuba ditutup oleh PapaGomo?
Mungin PapaGomo ingin melihat Dato Sahol dipaksa letak jawatan sebagaimana nasib yang menimpa nasib seorang armada tinggi tentera laut yang mana dipaksa meletak jawatan gara-gara kebodohan PapaGomo mendedahkan video rakaman dalam kapal selam Scorpene?
Kisah ini juga akan diceritakan nanti...
Dengan menyambung lidah pembangkang bolehkah saya gelarkan blogger bernama PapaGomo ini sebagai 'TROJAN HORSE' yang beliau labelkan kepada Anuar Mohd Nor?
Sudahlah gagal menyahut cabaran Anuar Mohd Nor supaya bersumpah serta dedahkan RAW Video di Carcosa Seri Negara, kini blogger pujaan sesetengah pemimpin UMNO yang hidupnya disara sebuah agensi kerajaan ini cuba menjatuhkan manusia yang begitu banyak jasanya kepada anak-anak Melayu?
Banyak lagi kebodohan PapaGomo akan saya dedahkan selepas ini. Akhir sekali nak tegaskan lagi sekali, saya dengan PapaGomo OK!
Pssst... kedudukan aku sekarang 'NOTHING TO LOOSE'!
YY : Nanti tunggu kes NFC yang cuba ditutup oleh PapaGomo serta kes sebuah agensi kerajaan tabur duit rakyat buat konvesyen yang tak berguna! - Gua nak tengok macam mana lu nak tutup taik lembu NFC!
0 comments:
Post a Comment
SENDIRI KOMEN SENDIRI TANGGUNG.GUA TAK CAMPUR.KENA SAMAN GUA JADI SAKSI DI MAKAMAH