Tuesday, February 28, 2012

Akhirnya Lembu NFC Kembali Menyondol UMNO...






Ingatkan kes NFC telah berjaya diselesaikan oleh blogger kita, tapi jangkaan kita nampaknya meleset, lembu NFC kembali menyondol kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sempena hari minggu, kita santai dengan menonton video bagaimana seorang matador hebat disondol dan ditewaskan oleh lembu.




Sedikit petikan Utusan Malaysia :

"Polis mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail atas pertuduhan pecah amanah."Isu yang benar-benar menyusahkan UMNO pelbagai tuduhan telah dilemparkan pembangkang. Walaupun ianya hanya melibatkan suami DS Shahrizat Jalil, tetapi yang jelas adalah nama UMNO dan barisan kabinet terus dikaitkan.

Sabarlah Kak Jat, banyak-banyakkan berdoa....




Ulang tayang drama 11 episod lembu NFC [KLIK]

YY : Jangan tuduh PDRM 'berkonspirasi' sudah... rebah ambo nanti... hehehe!

KITA MAHU KATA PUTUS! DAKWA PENGERUSI NFC ATAU UMNO HILANG MORAL


By HEADMASTER


Memang sedikit sebanyak isu NFC membuat rakyat meluat dengan sikap acuh tak acuh kepimpinan UMNO dan kerajaan terhadap National Feedlot Corperation (NFC) dalam skandal penyelewengan serta pecah amanah sehingga disahkan oleh audit negara. Status gagal tidak timbul tetapi siasatan sehingga pihak bertanggungjawab mesti diadili seperti kesalahan jenayah yang juga dilakukan oleh individu lain wajar diteruskan.

Kerana NFC ada hubungkait dengan Ketua Wanita UMNO,Ds Sharizat Jalil maka kesalahan itu disembunyikan atau terus dilenyapkan. Tetapi harus di ingat rakyat melihat isunya aksi tindakan kerajaan dan UMNO yang nampak bermuka-muka dalam bertindak dalam kes ini.

Jika isu ini dilenggahkan maka rakyat akan menilai bahawa UMNO buat boleh dilepaskan jika pakatan haprak buat tindakan sama terus dibuat siasatan segera hingga suruhanjaya diraja diwujudkan.

Kepimpinan UMNO dan kerajaan perlu menelan jika kesalahan itu berlaku dan tindakan menyelasaikan perlu diambil. Jangan biar rakyat buat tindakan menghakimi dalam kes NFC kerana akhirnya kerajaan juga dilihat mempunyai masalah serius.

Walaupun pahit dan beracun sekalipun harus ditelan juga kerana isu NFC akan memperlihatkan sejauh mana kerajaan dan UMNO bertindak terhadap institusi mereka sendiri.

Sekali lagi diingatkan badan penyiasat seperti polis ,SPRM dan Jabatan Audit Negara jangan di pertikaikan kecekapan mereka dalam menjalankan tugas.

Amaran juga penulis tujukan kepada Pengerusi NFC jangan cepat melatah dan cuba mempertikaikan agensi kerajaan dalam menjalankan siasatan. Kerana isu NFC , UMNO dan Kerajaan dilihat sangat tidak bermoral ketika ini.

Ikuti laporan blogger lain juga.

Double Y Minda Hijrah APA 1Peluru

K-MPM said: NFC selalu di pertahankan oleh blogger SUPERSTAR..jadi tolong nasihat Pengerusi NFC jangan cepat melatah….

February 27, 2012 KINI BLOGGER DOUBLE Y BERGELAR BLOGGER NO 1 PRO BN


By HEADMASTER


Siapa yang tidak kenal dengan blogger Double Y antara senarai blogger terhebat tanah air dengan entri yang sentiasa membantu kerajaan dalam menangkis serangan dakyah pihak pembangkang yang ingin mencetuskan kekeliruan.

Setiap artikel yang dikeluarkan sentiasa dilihat berfakta dan selalunya kena pada sasaran. Bukan tembak berpeluru banyak tetapi sasaran selalu tersasar seperti sesetengah blogger SUPERSTAR.

Jauh sekali kalau kita baca blogger ini memainkan isu-isu lucah untuk menyerang pakatan haprak tetapi kebiasaannya pendekatan yang matang dalam menangkis serangan untuk menyakinkan pembaca bahawa isu yang cuba dibawa atau diketengahkan oleh pakatan haprak terlalu bersifat politik sahaja bukan kerana betul-betul membincangkan isu di utarakan.

Bezanya dikalangan blogger-blogger yang semangat juangnya ikhlas membantu parti dengan blogger SUPERSTAR (berkiblatkan uncang emas) adalah laporan mereka yang bersifat membetulkan maklumat dengan menolak cerita fitnah serta karut oleh puak pakatan haprak dan laporan bukan mengharapkan laba selepas itu.

Walaupun blogger DOUBLE Y dituduh sebagai Blogger UMB Berbayar (siapa bayar) tetapi tidak sedikit mematah semangatnya untuk berjuang malah kehadiran beliau bersama rakan seangkatan didalam UMB telah melegakan pemimpin BN-UMNO kerana mereka diwujudkan atas entiti parti bukan blogger polong merayau mencari darah.

Kini blogger DOUBLE Y boleh diiktiraf sebagai blogger no 1 Pro-BN kerana kedudukan itu selayaknya beliau pikul dan bukannya blogger SUPERSTAR yang terkenal sebagai blogger lucah biarlah blogger matang seperti beliau mengambil alih supaya umum melihat blogger pro BN sangat berkaliber membincangkan isu politik bukan isu lucah.

Sekadar pandangan penulis bukan semua perkara yang kita buat boleh memuaskan semua orang dan itu adalah lumrah kita sebagai manusia termasuklah mereka yang bergelar blogger. Kadang-kadang penulisan mencerminkan identiti seorang penulis dan imej yang dibawa sekali untuk dipertontonkan.

Sebagai penulis blog apa yang membuat pembaca kagum adalah setiap hasil kerja dan laporan didalam blog anda mempunyai satu sikap bertanggunjawab terhadap apa yang dilaporkan bukanya LONTAR BATU SEMBUNYI TANGAN seperti blogger SUPERSTAR yang menulis kemudian lari bila kenyataan disanggah paling lucu mendabik dada mengiktiraf merekalah membantu itu dan ini bila ditanya.

K-MPM said: BACA TEMUBUAL BLOGGER DOUBLE Y OLEHMALAYSIAN DIGEST. COM….

FREAKING HOT!! BATTLE OF THE BLOGGERS~!!



Blogger 'Double Y': Papagomo Ada Masalah Peribadi Dengan Pengerusi UMB

Unit Media Baru atau UMB merupakan jentera kepada Pemuda Umno yang tidak asing lagi memperjuangkan matlamat parti Umno dan Barisan Nasional dalam menangkis dakyah-dakyah pihak pembangkang di alam cyber. Unit ini yang dahulunya agak low-profile, kini telah berjaya membuka mata beberapa pihak setelah melalui beberapa rombakan dengan menampilkan bloggers-bloggers yang lebih berkaliber. Pengiktirafan yang diperolehi termasuklah dari ketua pemuda Umno sendiri iaitu saudara Khairy Jamaluddin terutama dalam ucapannya baru-baru ini di Malaysia Social Media Week 2012.

Malaysian Digest telah berkesempatan untuk menemu-ramah salah seorang dari blogger UMB, iaitu Yuseri Yusoff di pejabat mereka di Putrajaya. Yuseri Yusoff baru-baru ini telah mengikuti tour sebuah program iaitu program 'Jelajah Aman Kampus' yang telah dirasmikan oleh ahli parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor. Kita ikuti kisah temuramah ekslusif Malaysian Digest bersama blogger yang bergelar 'Double Y' ini:


Malaysian Digest: Sejak bila saudara mula berkecimpung dalam blogging?


Yuseri Yusoff: Saya telah mula berkecimpung dalam blogging dalam politik sejak 31 Disember tahun 2010. Sebelum itu saya hanya aktif di twitter, pada awalnya saya menulis pendapat saya dan dihantar kepada beberapa blogger namun selepas itu saya mula membangunkan blog sendiri iaitu (yuseriyusoff.blogspot.com) dan selepas beberapa bulan saya tawarkan diri untuk membantu Barisan Nasional (BN) di pilihanraya Sarawak dengan menyertai UMB di bawah pimpinan exco pemuda Umno, Tun Faisal Ismail. Ini kerana saya melihat UMB sebagai jentera yang membawa nama parti, adalah platform sesuai utk berjuang melawan pembangkang.

Ketika saya menyertai UMB, UMB dilabel sebuah entiti yang lemah. Bloggersnya dilabel lembik. Tetapi saya bersama blogger 1Peluru cuba 'reform' semula UMB dan kami 'carry' nama UMB walaupun pada waktu itu jika ada yang mengaku dirinya bloggers UMB selalu akan dihentam teruk oleh blogger-blogger lain. Malah ada yang malu untuk mengaku mereka blogger UMB, tapi kini alhamdullilah dengan semangat setiakawan dan berkat kesabaran pengerusinya kini boleh dikatakan lebih 30 orang blogger bernaung di bawah UMB.

MD: Baru-baru ini saya ada dengar bahawa saudara ada sedikit pertelingkahan dengan blogger Papagomo. Bolehkan saudara komen sedikit?

YY: Haha.. Tidak sesuai sebenarnya perkataan 'pertelingkahan' kerana saya cuma tidak bersetuju dengan beberapa tindakannya kebelakangan ini. Mungkin saya terlalu berterus-terang dalam artikel saya yang mana telah memperlihatkan kami bercakaran.

Malah sebelum saya aktif berblogging boleh dikatakan saya dan PapaGomo adalah kawan. Namun hubungan kawan yang terjalin atas nama perjuangan ini mula keruh selepas saya menyertai UMB kerana PapaGomo dikatakan mempunyai masalah peribadi dengan pengerusi UMB iaitu Tun Faisal Ismail Aziz. Beliau gagal memisahkan masalah peribadi diantara Tun Faisal dengan mengheret saya ke kancah pergaduhan mereka.

Dan baru-baru ini perselisihan saudara dan Papagomo melibatkan Naib Canselor UiTM, Datuk Professor Dr Sahol Hamid Abu Bakar pula. Boleh saudara ulas tentang itu, dan kenapa saudara mempertahankan Datuk Sahol?

Sebenarnya saya hanya bertindak mempertahankan Datuk Sahol kerana dia merupakan naib canselor yang paling rapat dengan pelajar dalam sejarah UiTM. Bagi saya tidak pernah ada naib canselor yang begitu ambil tahu dan mesra dengan pelajar sebagaimana Datuk Sahol. Namun tindakan PapaGomo beserta beberapa blogger lain mengeluarkan surat sulit iaitu dokumen BPR yang telah lama berlalu, atas alasan mahukan penjelasan dari tuan punya badan bagi saya terlalu dangkal.

Cara papagomo mengeluarkan dokumen sulit bukanlah cara yang sesuai untuk dapatkan penjelasan. Sebaliknya tindakan beliau telah memperlihatkan seolah-olah Umno menyerang UiTM kerana dirinya dilabel sebagai blogger nombor satu pro-Umno. Portal pembangkang yang memulakan isu ini iaitu Malaysiakini pun tidak mengeluarkan surat dari SPRM kerana ianya sulit. Tetapi kenapa Papagomo keluarkan? Sebaliknya, dia patut bertindak profesional dengan menghubungi pihak UiTM sebelum mengeluarkan surat tersebut. Kerana tindakan tersebut bukan sahaja boleh mencemarkan imej dato sahol malah UiTM itu sendiri.

Tindakan mereka mendedahkan surat yang sudah 5 tahun berlalu sedangkan pada waktu itu isu tersebut boleh dianggap 'sejuk' sedikit sebanyak telah menjejaskan segala usaha Datuk Sahol untuk mengubah destini anak bangsa melayu. Saya itu saya nasihatkan Papagomo supaya berhenti dari terus melakukan tindakan yang mungkin akan memberi tanggapan buruk kepada UiTM kerana universiti ini satu-satunya tempat untuk anak-anak melayu bumiputera belajar dan meneruskan survival bangsa.

Tindakan mereka memburukkan Datuk Sahol sebenarnya telah melemahkan emosi pelajar-pelajar UiTM yang menganggap Datuk Sahol umpama ayah kandung mereka.

Jadi, sudara mempertikaikan kerja-kerja yang dilakukan oleh Papagomo? Adakah begitu?
Tidak, saya dan rakan-rakan di UMB tidak pernah mempertikai kerja yang dilakukan gomo. Hasil kerja beliau dalam menyerang Pakatan cukup 'tip-top', sebaliknya kami di UMB yang selalu dipertikaikan contohnya dahulu saya diperlekehkan kerana tidak berada di kalangan top 20 blogger top pro BN, UMB dikatakan tidak menjalankan tugas dengan berkesan. Walhal pada hakikat sebenar kami di UMB bukan sekadar blogging dari kerusi empuk di rumah. Kami turun padang mendekati orang muda tetapi dalam melaksanakan tugas-tugas berkaitan politik ini sudah tentu tidak semua perkara perlu diceritakan atau ditulis dalam blog.

Tambahan. Para pemimpin perlu sedar dan buka mata bahawa ramai blogger yang jujur dan setia kepada perjuangan tetapi tidak diiktiraf peranan mereka. Jangan terlalu memanjakan segelintir blogger yang menganggap diri mereka ‘superstars’ sedangkan ramai blogger lain yang turut mempunyai pengaruh tersendiri.

Apakah saranan saudara?

Pemimpin jangan terlalu naif sehingga ranking dijadikan sandaran. Malah kerana terlalu mengejar ranking ada yang melabelkan blogger pro BN sebagai 'blogger lucah' kerana segelintir dari kami terlalu obses dalam memastikan mereka menduduki ranking yang tinggi. Selain itu ingin saya katakan kami di UMB juga tidak mengamalkan politik mengugut pemimpin demi meraih sedikit imbuhan. Tetapi , ini tidak bermakna kami tidak mampu untuk membuat tindakan tersebut. Kami sebuah entiti yang dilahirkan oleh parti mengutamakan perjuangan parti dalam segala tindakan kami.

Walaupun kami telah dilabelkan sebagai blogger baru yang gagal memahami bentuk peperangan alam cyber setiap kali saya bertindak menyanggah pendapat Gomo atau blogger bertaraf 'superstars'. Walhal jika dilihat Gomo sendiri pernah menghentam blogger-blogger otai seperti Rocky’s Bru, Big Dog dan lain-lain yang lebih lama berkecimpung dalam dunia blog jika dibandingkan dengan dirinya yang usianya sebaya saya. Mereka mahu semua orang bersetuju cara mereka, walhal dalam kancah politik setiap manusia mempunyai pandangan dan persepsi yang berbeza.

Dari segi identiti pula, saudara nampaknya lebih berani mendedahkan identiti berbanding dengan blogger-blogger tertentu. Adakah dengan cara ini, saudara rasa boleh mendatangkan impak yang lebih positif?

Ya, saya dedahkan identiti. Pendek kata saya blogger berwajah jika dibandingkan mereka. Ini bermakna saya lebih bertanggungjwb dlm setiap tulisan saya. Apa saya perlu takut untuk dedahkan wajah saya di blog. Saya tidak memfitnah mana-mana pihak, saya hanya melemparkan pendapat peribadi saya setiap kali saya mengkritik Pakatan.

Perlu diingatkan bahawa dalam dunia politik kita perlu matang. Kita tidak boleh jadikan perbezaan fahaman politik sebagai sebab untuk kita tidak berkawan atau bermusuh dengan mana-mana pihak ,hatta dia berfahaman pembangkang sekalipun. Malah, beberapa rakan saya juga dedahkan identiti mereka seperti 1Peluru,Keris7Lok,Mat Kilau Penang, Azmi APA dan BroJinggo, malah blogger otai seperti Rocky Bru, BigDog, Kickdefella (sekadar contoh) semuanya mendedahkan identiti. Namun, tujuannya bukanlah mencari kemasyuran , tetapi dengan identiti kami ditunjukkan setidaknya pembaca kami kenal dan tahu siapa kami. Malah kami lebih bertanggungjawab dengan setiap yang kami tulis.

Apakah komen saudara tentang gelaran yang telah dilemparkan seperti ‘balaci’ dan ‘pencacai’?

Tuduhan saya balaci Tun Faisal adalah sangat tak berasas dan langsung tidak tepat. Ya, Tun Faisal merupakan pengerusi UMB, maka secara otomatiknya menjadi dia bos kami. Tetapi ini bukanlah bermakna saya ini jenis manusia yang hanya tahu ‘Yes bos’ atau mengikut dengan membuta-tuli sahaja. Saya ingin tekankan bahawa jarang sekali Tun mengeluarkan arahan kepada kami lebih-lebih lagi dari segi penulisan artikel. Kami bebas mengemukakan pendapat kami malah saya sendiri selalu tidak sependapat dgnnya dalam sesetengah isu. Namun, hubungan kami dalam UMB umpama adik-beradik.

Segala masalah kami selesaikan bersama, dan alhamdullilah kami semakin hari semakin akrab. Tetapi selaku penulis yang bernaung di bawah entiti yang dilahirkan oleh sayap pemuda, setiap kali sebelum menulis tentang sesuatu isu saya perlu fikir serta kaji akan impak dan kesan mahu pun tempias yang bakal diterima oleh parti.

Boleh saudara berikan contoh?

Contohnya dalam kes National Feedlot Corporation (NFC) saya melihat terlalu banyak perkara yang bercanggah,saya memilih untuk tidak menghentam mahu pun menyokong, jika ada pun sekadar teguran sinis kepada pemimpin termasuklah jika sesuatu keputusan yang dibuat pemimpin tidak dipersetujui.

Selain itu, UMB juga telah berjaya menangkis isu Datuk Seri Jamil Khir yang telah dituduh menggelapkan wang zakat. Dalam usaha itu saya, 1Peluru, Keris7Lok, Medan Tempur Kedah, Angin Perubahan, PenaKSJ, Panglima Cyber serta rakan-rakan dari UMB yang lain berjaya menutup mulut pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad hanya dalam tempoh satu hari sahaja.

Adakah kami masih tidak memberi impak? Selain itu, isu Mismah, IC Bangladesh, dan demonstrasi di UPSI saya juga berjaya membongkar identiti serta penipuan Pakatan sebelum dibantu oleh blogger-blogger lain. Adakah kami di UMB masih tidak memberi impak kepada perjuangan parti?

Dari pendedahan dan tangkisan yang dilakukan, pernahkah saudara diugut seperti sesetengah blogger lain?

Tidak pernah diugut, kerana saya hanya berhujah dalam melawan pembangkang. Malah di 901 saya masih boleh berborak bersama pengikut Anwar Ibrahim walaupun mereka tahu saya blogger pro-Umno. Pendek kata selagi tidak fitnah orang, insyaAllah tiada masalah. Dan, dalam berpolitik selagi kita menghormati pandangan orang lain walaupun berbeza ideologi tidak menjadi satu masalah.

Apakah nasihat saudara kepada blogger-blogger lain, terutama kepada yang pro-Umno atau BN?
Rasanya tidak layaklah blogger yang baru setahun jagung macam saya menasihati blogger-blogger lain lebih-lebih lagi mereka yang berusia dan lebih arif selok belok politik. Tetapi untuk semua blogger pro-Umno/BN, kita perlu bersatu atas satu perjuangan. Tak kiralah kita dari kumpulan mana sekalipun, kerana matlamat kita tetap sama iaitu mempertahankan agama, bangsa dan tanahair.

Sampai bilakah saudara akan meneruskan perjuangan saudara dalam membela kerajaan Umno dan BN?

Saya kerap berbincang bersama rakan-rakan mengenai hal ini. Malah saya pernah meluahkan hasrat kepada mereka untuk berhenti selapas sahaja BN memenangi pilihanraya yang ke-13. Namun, semuanya bergantung kepada situasi. Tapi selagi jari-jemari dan akal saya masih waras, insyaAllah perjuangan mempertahankan Umno dan BN akan saya teruskan walaupun bukan sebagai blogger.

sumber: malaysianDigest

Papagomo juga pernah ditemubual oleh MalaysianDigest... KLIK SINI!

ISU NFC !!! APA JAWAPAN @NAJIB RAZAK ???


ISU NFC !!! APA JAWAPAN @NAJIB RAZAK ???


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata terpulang kepada peguam negara untuk memutuskan samada mahu mendakwa lembaga pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) atas tudah pecah amanah atau sebaliknya.Bagaimanapun,beliau menekankan bahawa tidak semua siasatan akan berkesimpulan kepada pendakwaan.

Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata,peguam negara memiliki kuasa mutlak di bawah perlembagaan untuk memutuskan jika sesuatu kes mempunyai bukti yang cukup untuk diterima mahkamah atau mengembalikan kertas siasatan kepada polis untuk siasatan lebih lanjut jika berpendapat bahawa bukti yang dikemukakan tidak kukuh.

"Saya menyatakan ini atas dasar prinsip bahawa andaian tidak boleh dibuat berhubung apa yang akan berlaku kemudian kerana ia terpulang kepada peguam negara...dan hanya dia saja yang berhak untuk membuat keputusan berhubung perkara itu," katanya kepada media selepas menghadiri satu majlis di Sekinchan Semalam.

Beliau menambah sesuatu pendakwaan itu tidak boleh ditentukan mengikut sesuka hati kerana kes berkenaan perlu memenuhi kehendak undang-undang yang diperuntukan sebelum dibawa ke mahkamah.

"Kita tidak boleh membuat andaian bahawa semua penyiasatan akan berakhir dengan pendakwaan," ujarnya lagi.

Sebelum ini,Pengarah Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman,Datuk Syed Ismail Syed Azizan,berkata pegawainya kini sedang giat berkerja untuk mempercepat dan menamatkan sisatan yang sedang dijalankan sebelum menghantar kerats siasatan kepada kamar peguam negara.

"Kami akan mencadangkan kepada kamar (peguam negara) untuk membuat dakwaan.terutamanya terhadap ahli lembaga pengarah syarikat terbabit," katanya lagi.

Difahamkan,ia adalah kali kedua kertas siasatan berkaitan dipulangkan kepada polis oleh kamar peguam negara yang meminta siasatan lanjut dijalankan.Kali pertama polis mengemukakan kertas kepada kamar peguam negaraa adalah pada 17 Januari lalu selepas mereka merakamkan 54 kenyataan,termasuk dari kakitangan syarikat terbabit

Menurutnya,kertas siasatan tersebut telah dihantar semula kepada pegawai penyiasatnya beberapa hari lalu oleh Kamar Peguam Negara berikutan beberapa perkara yang perlu dikemaskini.

Sementara itu NFC telah mengeluarkan satu kenyataan petang semalam menyuarakan rasa terkejut dengan cadangan polis supaya Dr Mohamed Salleh didakwa atas tuduhan pecah amanah,Ia berpendapat kenyataan itu diberikan terlalu awal sedangkan siasatan masih dijalankan.

"NFCorp terkejut dan bingung bahawa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Syed Ismail Syed Azizan mengeluarkan kenyataan itu terlalu awal sedangkan beliau sendiri mengakui siasatan masih berjalan dan dengan itu masih belum siap," menurut syarikat itu dalam kenyataan yang disediakan oleh firma perunding perhubungan awamnya.

Menurut kenyataan itu, syarikat sedang meneliti dakwaan polis itu atas nasihat peguamnya Shafee Abdullah.Dalam kenyataan itu,NFC mempersoalkan sikap tidak berhati-hati dan motif di sebalik kenyataan itu, menyatakan ia dilihat seolah-olah satu cubaan secara tidak adil untuk mendahului keputusan yang bakal dibuat Peguam Negara berhubung perkara itu.

Isu NFC mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.Ia langsung menjadi panas apabila pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas,Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

ANDA NAK TAHU PEMBONGKARAN NFC ???


UNTUK SELANJUTNYA

INILAH AKIBAT TERSALAH OBERDOS PRESKRIPSI UBAT FARMASI YANG SILAP.


Sahabat bloger APA begitu berkecil hati dengan artikel hamba mempertahankan NFCORP. Beliau menyangka terma Pensabotaj ditujukan kepadanya. Malah notifikasi hamba berkenaan klon akaun di fesbuk turut mengguris perasaannya yang agak sensisitp. Sahabat Hamba itu menjadi sensitip akibat kesilapannya sendiri mempercayai balaci, broker dan barua jual projek kepadanya dulu. 

Apa pun masaalah beliau dengan pentadbiran Pak Lah dulu itu adalah permasaalahannya sendiri kerana kurang berhati-hati dalam urusniaga. Tidaklah wajar baginya melempiaskan kemarahan dan kekeciwaannya kepada orang lain yang ditakdirkan menerima yang lebih baik daripadanya. Sebagai sahabat seperjuangan Hamba memang bersimpati dengan nasib malang yang menimpanya.


Di antara usaha-usaha mensabotaj pejuang-pejuang maya pro BN/UMNO yang dilakukan oleh cai Pakatang, Shabat bloger APA patut lebih prihatin mengenainya.

Kemarahan sahabat hamba itu berpunca daripada artikel Hamba yang menafsirkan cadangan PDRM kepada Pejabat Peguam Negara. Hamba menafsirkan cadangan tersebut sebagai usaha MENSUCIKAN segala tohmahan dan fitnah terhadap NFCORP, Kak Ijat, suaminya dan anak-anaknya. Dalam artikel balas, sahabat hamba tersebut tidak dapat mengawal emosinya.

Tafsiran Hamba berdasarkan kepada pengalaman dan kelulusan akademi Hamba di bidang Undang-undang. Tak tahulah apa pula dasar sahabat hamba tersebut kerana beliau tidak pernah menceritakan samada beliau pernah bersekolah di Bukit Ilmu dalam bidang perundangan mahupun mempunyai pengalaman mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil selama berbelas tahun.

Ternyata di pihak NFCORP tafsiran Hamba itu tidak selari. Bagi NFCORP cadangan PDRM tersebut adalah ditafsirkan sebagai usaha mendahului keputusan Peguam Negara. Jadi agak keterlaluan bagi sahabat Hamba itu meloncat kepanasan.

Di dalam artikel Hamba tersebut terma Pensabotaj ditujukan kepada pihak yang melemparkan fitnah tohmahan dan pihak yang sengaja mensabotaj NFCORP, Kak Ijat, suaminya dan anak-anaknya. Agak hairan kerana sahabat Hamba terasa hati dengan terma tersebut. Selepas itu beberapa artikel susulan hamba pula hanya mengkritik para pensabotaj dengan sindiran ' Terlebih Oberdos Preskripsi Viagra dari Farmasi'. Jika sahabat hamba tersebut bukan Pensabotaj dan Tidak Oberdos Viagra maka tidak perlulah sahabat Hamba itu bersedih dan berkecil hati.

Hamba masih ingat lagi sahabat hamba itu mengakui sudah tidak lagi bernaung di UMB. Pengakuan itu di buat olehnya semasa pemukiman selama 4 hari semasa Seminar Himpunan Ulama', Cendikiawan Islam dan Penulis Maya tempohari.

Pensabotaj dalaman memang wujud dalam pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pakatang terhadap mana-mana pemimpin UMNO/BN yang di lihat sebagai ancaman besar dan batu penghalang kepada serapan idealisma Reformasi dan gerakan Anwarinas. Memang ada pihak yang sengaja memperalatkan orang seperti sahabat Hamba tersebut yang terbuku hatinya.

Hamba memang menyokong kuat Papa Gomo dan grup blogernya. Bukan bodek. Hamba menghormati Papa Gomo kerana Papa Gomo berlaku jujur kepada Hamba. Kejujuran itulah yang Hamba pandang bukan status Papa Gomo sebagai bloger nombor 1.

Hamba pun tidak kisah jika sahabat hamba benar-benar hendak masuk gelanggang. Tapi itu soal peribadi antara Hamba dengan beliau. Beliau pun tidak perlulah mensucikan dirinya dengan label bloger cicak kerana beliau bukan cicak pun. Memang patutlah sahabat Hamba menulis TEPUK KEPALA TANYA KEPALA LUTUT kerana apabila alat kelamin menjadi terlalu tegang selama 3 hari berturut-turut akibat terobes dos viagra ianya memungkin MATI PUCUK AKAL. Jadi Hamba hendak berpesanlah kepada sahabat Hamba itu seperti ini:-

TEPUK DADA TANYALAH IMAN!

p.s.: Jangan terlalu beremosi apabila menerima teguran dan kritikan. Berlapang dada menerimanya sepertimana Hamba berlapang dada menerima kritikan.

ISU NFCORP & NFC: CADANGAN POLIS UNTUK MEMBERSIHKAN IMEJ NFCORP.


Bagi kami Pembela-pembela Tegar NFCORP, Kak Ijat, suaminya dan anak-anaknya serta projek PFN yang bakal menguntungkan penternak-penternak Melayu miskin, cadangan PDRM agar Peguam Negara melakukan pendakwaan ke atas pengarah NFCORP Mohd Salleh suami kepada Kak Ijat adalah tindakan untuk membersihkan imej pihak yang sengaja di fitnah atas dasar sabotaj sesama sendiri.

Apakah lagi cara untuk membersihkan rekod dan imej orang yang tidak bersalah dan mangsa fitnah di Malaysia ini melainkan dibersihkan melalui proses mahkamah? Di dalam prosiding mahkamah semua bukti-bukti akan di uji kebenarannya secara perundangan yang sah. Hamba amat yakin dan percaya bagi Pensabotaj-pensabotaj NFCORP, Kak Ijat, suaminya dan anak-anaknya serta projek PFN pada suatu hari nanti bakal melutut dan mencium tapak-tapak kaki mereka yang tidak bersalah. Kecualilah jika mereka masih terober dos preskripsi farmasi ubat viagra

Agak hairan dan anih kerana Dewa Zeus di Bukit Ilmu yang sudah di siasat oleh BPR di atas penyelewengan dua orang anaknya menerima biasiswa dipertahankan bermati-matian oleh grup mabok preskripsi ubat farmasi tersebut. Anih bukan pemikiran mereka?

Kita tunggu dan lihat saja apakah reaksi dan maklum balas Pejabat Peguam Negara pula yang sebelum ini turut di kecam oleh mereka yang terober dos preskripsi farmasi atas dasar membodek bos besarnya agar dapat tercalon menjadi calon wanna-bees pada PRU 13.

Hamba benar-benar yakin dan percaya pensabotaj-pensabotaj tersebut bakal sedar juga suatu hari nanti betapa mereka terlebih dos ubat khayal dari sebuah farmasi.

Apapun Tq mymassa.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Ini Rupanya Kondo Lembu Yang NFC Beli Mahal Giler Tuh...


Ini Rupanya Kondo Lembu Yang NFC Beli Mahal Giler Tuh...


Kulaan sempat jalan-jalan di sekitar Bangsar hari ini lalu dipelawa seorang rakan untuk makan di Bangsar Shopping Complex di tingkat 4.

Sedang enak menjamah juadah yang dibelanja oleh sahabat Kulaan, Kulaan ditanya oleh sahabat Kulaan :

Sahabat : kau tau citer pasal lembu NFC?

Kulaan : tau gak skit-skit tapi detail tak ler berapa arif. Kenapa?

Sahabat : kau tau macam mana rupe nyer kondo lembu NFC.

Kulaan : dalam blog ada la tengok. Itu pun gambar jer.

Sahabat : cher ko pusing belakang. Tu ler kondo lembu NFC.

Kulaan pun pusing ler kepala ke belakang macam yang sahabat Kulaan suruh. Wow! Besar dan tinggi betul bangunan dia. Patut la harga mahal sebab terletak dalam kawasan komersial. Kulaan tanya lagi.

Kulaan : sapa yang duduk kondo lembu tuh? Staf NFC ka atau disewakan?

Sahabat : anak beranak tokey NFC ler buat rumah tumpangan...

Terkulat-kulat mata Kulaan bila dengar penjelasan sahabat Kulaan. Kondo bernilai jutaan ringgit dijadikan sekadar tempat persinggahan buat anak beranak jer. Patut la rakyat mengamuk pasal isu lembu nie. Inilah cerita kondo lembu.

Sunday, February 26, 2012



Kes VC UiTM-pandangan bloggers mahasiswa



Dalam seminggu ni brader dok perhati je pergaduhan antara bloggers-bloggers Pro BN.Paling HOT ialah kes VC UiTM iaitu Dato' Sahol yang brader difahamkan telah selesai pada tahun 2007.Isu ini telah dibawa kembali oleh seorang bloggers yang menjadi "RajA Bloggers" Entah apa tujuannya brader tak pasti.Disini brader ingin membuat satu pandangan terhadap Raja Bloggers ni.Brader pun tak faham kenapa bersungguh-sungguh raja bloggers ni ambil sumber daripada MeloyaKini yang selama ni dikutuk.Mungkin raja bloggers ini rasa hebat dapat menghentam VC daripada sebuah intsitusi yang menjaga anak-anak Melayu dan bumiputera dengan melakukan Character Assasination.Brader melihat serangan keatas Dato' Sahol ini ialah tindakan yang kurang bijak.Atas beberapa dasar :

1) Tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2007 telah diiklankan diakhbar tempatan bermula 20 Ogos 2006 hingga 8 Sept 2006 (Masa ni ramai yang memohon termasuk 2 orang anak Datuk Sahol)

2) Senarai pemohon yang diterima telah menghadiri satu temuduga dan 'Mock-Teaching' (2 Orang Anak Datuk Sahol telah melalui tapisan ini). Dato' Sahol menyatakan dia tidak terlibat pada peringkat ini.
411 orang telah berjaya lepasi temuduga dan 'Mock-Teaching' (2 Orang Anak Datuk Sahol telah melalui tapisan ini) di peringkat Fakulti.

3) Laporan Lembaga Temuduga Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2007 telah dikemukan kepada Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staff (Induk) untuk kelulusan. (dalam laporan ini ada nama 2 Orang Anak Datuk Sahol)

4)Y. Bhg Dato' Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ketika itu memegang jawatan TNC Akademik dan Pengantarabangsa selaku salah seorang Ahli Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staff (Induk) telah memperakui bersetuju dengan Laporan Lembaga Temuduga Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2007

5) 21 Disember 2006, Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan yang dipengerusikan Dato' Sahol telah mengesahkan dan memperakui Keputusan Tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2007 (2 Orang Anak Datuk Sahol telah melalui peringkat ini)

6) Dato' Sahol tidak memaklumkan kepentingan beliau kepada mesyuarat kerana anaknya ada dalam senarai yang Pemberian Biasiswa Tenaga Pengajar Muda. (2 Orang Anak Datuk Sahol telah melalui peringkat ini)

Dato' Sahol menyatakan dia tidak terlibat dalam pemilihan Calon bagi temuduga.


Jadi brader menyarankan supaya "Raja Blogger" ini MEMINTA MAAF kepada Dato' Sahol.Juga ada pandangan daripada bloggers student Harapan Esok disini.Gambar dibawah adalah gambar Dato' Sahol bersama seorang bloggers.Tahniah Dato' kerana sudi bersama segenap lapisan masyarakat tidak terhad kepada mahasiswa sahaja




Brader jugak tak faham ada juga sekutu-sekutu "Raja Blogger" ni menyambut artikelnya seolah-olah maklumat yang didapati itu telah sahih dan benar.Bukan apa,tindakan dia ini akan dan telah pun membuatkan sebahagian besar penuntut UiTM menyampah kepada bloggers ini dan simpati keatas Dato' Sahol yang terkenal dengan sikap mesranya dengan mahasiswa.Adakah selama ini mahasiswa khususnya tertarik dengan maklumat dan cara penyampaian yang "Raja Blogger" ini lakukan?Dan adakah dengan tindakan ini membuatkan sokongan kepada kerajaan yang sedia ada bertambah?Selain daripada menulis blog,bloggers juga berperanan sebagai pengkaji sikap dan respon pelbagai lapisan masyarakat terhadap apa yang dikeluarkan oleh bloggers itu sendiri.Brader sarankan "Raja Blogger" and the gang MEMINTA MAAF.Untunglah Dato' Sahol tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang.Baik setel cepat.Tak kisah lah kita ni Raja Blogger ke Raja Buah ke Raja Rempit ke.Kita ada banyak lagi agenda yang mahu diteruskan.


P/S : Berani kerana benar!

Arena ManaGomo dapat dua lagi keahlian baru..

Welcome to the arena Semaremas and Brader Jai...lets rumble.Bertambah meriah gelanggang gua ini dengan kehadhiran ramai penggusti.Ra ra ra..



ISU NFCORP & NFC: CADANGAN POLIS UNTUK MEMBERSIHKAN IMEJ NFCORP.

Semaremas

Bagi kami Pembela-pembela Tegar NFCORP, Kak Ijat, suaminya dan anak-anaknya serta projek PFN yang bakal menguntungkan penternak-penternak Melayu miskin, cadangan PDRM agar Peguam Negara melakukan pendakwaan ke atas pengarah NFCORP Mohd Salleh suami kepada Kak Ijat adalah tindakan untuk membersihkan imej pihak yang sengaja di fitnah atas dasar sabotaj sesama sendiri.

Apakah lagi cara untuk membersihkan rekod dan imej orang yang tidak bersalah dan mangsa fitnah di Malaysia ini melainkan dibersihkan melalui proses mahkamah? Di dalam prosiding mahkamah semua bukti-bukti akan di uji kebenarannya secara perundangan yang sah. Hamba amat yakin dan percaya bagi Pensabotaj-pensabotaj NFCORP, Kak Ijat, suaminya dan anak-anaknya serta projek PFN pada suatu hari nanti bakal melutut dan mencium tapak-tapak kaki mereka yang tidak bersalah. Kecualilah jika mereka masih terober dos preskripsi farmasi ubat viagra

Agak hairan dan anih kerana Dewa Zeus di Bukit Ilmu yang sudah di siasat oleh BPR di atas penyelewengan dua orang anaknya menerima biasiswa dipertahankan bermati-matian oleh grup mabok preskripsi ubat farmasi tersebut. Anih bukan pemikiran mereka?

Kita tunggu dan lihat saja apakah reaksi dan maklum balas Pejabat Peguam Negara pula yang sebelum ini turut di kecam oleh mereka yang terober dos preskripsi farmasi atas dasar membodek bos besarnya agar dapat tercalon menjadi calon wanna-bees pada PRU 13.

Hamba benar-benar yakin dan percaya pensabotaj-pensabotaj tersebut bakal sedar juga suatu hari nanti betapa mereka terlebih dos ubat khayal dari sebuah farmasi.

Apapun Tq mymassa.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Templates | Affiliate Network Reviews